Tuesday, 15 July 2014

Farrah Hijab By FR

 

Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatu 
Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi MUhammad SAW 

Alhamdulilah , dan bersyukur ke hadrat Allah SWT akhirnya saya telah menemui ruang dakwah yang saya cari selama ini. Dan yang penting pendekatan ini suami saya tercinta meredhai dan beliau merupakan tulang belakang saya untuk terus berkecimpung dalam sunnah Rasulullah SAW. 

Pada pandangan saya sebagai seorang yang bersekolah dan memakai hijab yang labuh saya mendapati hijab yang dipakai oleh sesetengah pengajar sekolah sebenarnya lebih jelas menampakan susuk bahagian memikat. Almaklumlah andai seorang muslimah berstatus isteri dan ibu kadangkala kita kurang perasan mata-mata nakal. 

Persoalan suami saya , " Yang manakah lelaki lebih interested tengok , di dada kah atau di rambutnya ?" 

Selain itu saya melihat sendiri isu pada diri saya kerana saya mahu berhijab tetapi saya mahu melindungi bahagian memikat. Kain lycra adalah amat tidak sesuai utk dipakai sebagai hijab , kerudung mahupun pakaian. Saya masih membuat kajian agar muslimah berhijab dapat melindungi bahagian memikat , tampil kemas , cantik , tetapi sederhana. 

Dan saya selaku pemilik Farrah Hijab merasa bertanggungjawab semoga cita-cita saya dan dakwah saya mematuhi syariah. 

#Farrah Hijab Represented Positive Attitude
#Farrah Hijab by FR




No comments:

Post a Comment